CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 6, 2010

Suami atau ibu?

Soalan:


SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Sepanjang saya belajar dulu, guru mengatakan seorang isteri wajib patuh kepada suaminya berbanding ibu bapanya.
Guru juga mengatakan seorang wanita itu akan masuk syurga jika suami reda padanya. Pada yang belum berkahwin, syurga baginya adalah di tapak kaki ibu. Masalahnya, ibu saya seorang yang sangat kuat menyindir. Sebagai anak sulung daripada empat beradik saya selalu berasa dianaktirikan oleh ibu sendiri. Masalah ini berlarutan selepas saya berkahwin dan mempunyai anak. Dulu saya bersabar dan cuba berbaik dengannya tetapi masalah semakin serius apabila suami saya sendiri sudah tidak tahan dengan sikap ibu. Ibu akan berhenti menyindir apabila diberikan wang tetapi ia hanya bertahan dua atau tiga hari saja.

Baru-baru ini, ibu dan suami saya bergaduh lagi. Sudah tentu saya menyebelahi suami kerana selain taat saya faham keadaan sebenar. Ibu pula memberi amaran supaya tidak ‘mencari pasal dengannya’ dengan menyebelahi suami. Ibu juga berkata perjalanan perkahwinan kami ‘masih jauh’ dan melabelkan saya sebagai anak yang tidak mengenang budi. Saya sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak tenteram mengenangkan kisah kisah anak derhaka yang saya baca dan tonton. Adakah benar saya ini anak derhaka dan akan mendapat pelbagai bala kerana tidak patuh pada ibu? Pada siapakah saya perlu taat, suami atau ibu?
HATI SEDIH
Miri, Sarawak.



Jawapan:
Bagi wanita berkahwin, ada hiraki atau keutamaan tersendiri kepada siapa dia perlu taat. Isteri wajib taat pada suami selama mana ketaatan tidak membawa kepada perkara maksiat dan melanggar perintah Allah. Dalam masa yang sama kita juga perlu mengimbangi dengan adil mencari keredaan ibu bapa. Bukan mudah untuk melaksanakannya dalam keadaan ibu sendiri mempunyai perangai yang sukar diubah. Apa yang termampu dilakukan sekarang ialah membendung suasana saja kerana merubahnya agar sukar dan mustahil dilakukan. Berpakatlah dengan suami supaya dia bersabar menerima keadaan yang ada. Elakkan terlalu kerap bertemu kerana ini akan menimbulkan banyak masalah lagi. Lebih sukar jika tinggal sebumbung, ada baiknya perjumpaan sekali sekala supaya lebih kemesraan yang terjalin dari masalah yang timbul. Mohon ampun untuk ibu dan doakan dia sebagai tanggungjawab seorang anak, selebihnya bertawakal pada Allah. Perjalanan hidup ini penuh cubaan dan dugaan jika kita bersabar pasti Allah akan memberi ganjaran.

*Soal Jawab Dr Mashitah

No comments:

Jom Dengar Lagu


.: Frenzy.Fm :.
Mesti Gempak Punya!~