CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 6, 2010

12 anak tidak mampu jaga emak


12 anak tidak mampu jaga emak


Soalan:
IBU saya berusia 74 tahun. Dia mempunyai 12 anak dan 11 daripadanya sudah berkahwin. Soalan saya apa hukumnya apabila semua anaknya tidak mahu menjaga ibu?
Adakah betul apabila seorang anak perempuan berkahwin maka dia tidak boleh menjaga ibunya kerana mereka sudah terlepas dari tanggungjawab berkenaan? Saya ingin penjelasan dengan kata-kata yang menyebut ‘syurga seorang isteri di bawah kaki suami manakala syurga seorang suami di bawah kaki ibunya.’
MAS
Kuala Lumpur



Jawapan:
Tanggungjawab menjaga ibu bapa terpikul pada anak-anak seramai 12 orang. Sebaiknya mereka berkumpul mencari kata sepakat membahagikan tugas berkenaan mengikut kemampuan masing-masing. Kemampuan bukan saja dari sudut kewangan tapi masa dan komitmen.

Amat pilu dan sedih jika dalam 12 orang anak, tiada yang mahu menjaga ibu. Jika semua sukar kerana komitmen lain, ringankanlah dengan masing-masing mengeluarkan sedikit belanja menggajikan seseorang yang boleh tinggal bersama ibu untuk menjaga kebajikannya. Jika tidak mampu dari segi masa masakan wang pun mahu berkira pada ibu sendiri. Ambillah peluang melaksanakan ehsan dan berbuat baik pada sisa umurnya yang tinggal. Kata-kata yang menyebut ‘syurga seorang isteri di bawah kaki suami manakala syurga seorang suami di bawah kaki ibunya’ bukan hadis. Saya belum pernah jumpa hadis mahupun athar (kata-kata) seumpamanya. Yang ada ialah “Reda Allah adalah pada reda kedua-dua ibu bapa” justeru carilah keredaan Allah melalui keredaan ibu bapa.

* Soal jawab bersama Dr Mashitah


~Renung-renungkanlah wahai sahabat~

No comments:

Jom Dengar Lagu


.: Frenzy.Fm :.
Mesti Gempak Punya!~