CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 29, 2010

Gaji isteri hak sendiri


SAYA ingin tahu adakah wang gaji bagi isteri yang bekerja perlu diberi separuh kepada suami kerana isteri bekerja di atas keizinan dan keredaan suami.
Perkara ini ibu saya yang beritahu selepas mendengar ceramah daripada ustaz yang mengajar di masjid di kampung. Untuk makluman Datuk, selama ini gaji saya setiap bulan tidak pernah diberi kepada suami tetapi digunakan untuk membayar yuran pusat jagaan anak, pinjaman rumah dan kelengkapan rumah.

Soalan saya adakah wajib memberi separuh dari gaji saya kepada suami?

Apakah haram duit yang saya beri kepada ibu tanpa pengetahuan suami.

INGIN TAHU
Kuantan

JAWAPAN

Hukum Islam jelas menetapkan bahawa suami yang wajib membayar nafkah kepada isteri.

Antara yang termasuk dalam istilah nafkah ini ialah menyediakan rumah dengan kelengkapan dan keperluan anak.

Jika puan bekerja maka wang gaji itu ialah milik puan dan tidak perlu memberi separuh daripada gaji itu kepada suami.

Kesanggupan puan dengan rela hati memberikan wang gaji untuk membayar yuran jagaan anak dan pinjaman rumah adalah sedekah puan kepada suami.

Ia dibuat dengan dasar rela daripada puan sendiri dan bukan tanggungjawab puan.

Suami isteri yang sama-sama berbelanja demi mencari kebahagiaan dan reda dengan ketentuan Allah akan diberi ganjaran pahala daripada Allah swt.

No comments:

Jom Dengar Lagu


.: Frenzy.Fm :.
Mesti Gempak Punya!~