CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Soal jawab agama. Show all posts
Showing posts with label Soal jawab agama. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Suami atau ibu?

Soalan:


SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Sepanjang saya belajar dulu, guru mengatakan seorang isteri wajib patuh kepada suaminya berbanding ibu bapanya.
Guru juga mengatakan seorang wanita itu akan masuk syurga jika suami reda padanya. Pada yang belum berkahwin, syurga baginya adalah di tapak kaki ibu. Masalahnya, ibu saya seorang yang sangat kuat menyindir. Sebagai anak sulung daripada empat beradik saya selalu berasa dianaktirikan oleh ibu sendiri. Masalah ini berlarutan selepas saya berkahwin dan mempunyai anak. Dulu saya bersabar dan cuba berbaik dengannya tetapi masalah semakin serius apabila suami saya sendiri sudah tidak tahan dengan sikap ibu. Ibu akan berhenti menyindir apabila diberikan wang tetapi ia hanya bertahan dua atau tiga hari saja.

Baru-baru ini, ibu dan suami saya bergaduh lagi. Sudah tentu saya menyebelahi suami kerana selain taat saya faham keadaan sebenar. Ibu pula memberi amaran supaya tidak ‘mencari pasal dengannya’ dengan menyebelahi suami. Ibu juga berkata perjalanan perkahwinan kami ‘masih jauh’ dan melabelkan saya sebagai anak yang tidak mengenang budi. Saya sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak tenteram mengenangkan kisah kisah anak derhaka yang saya baca dan tonton. Adakah benar saya ini anak derhaka dan akan mendapat pelbagai bala kerana tidak patuh pada ibu? Pada siapakah saya perlu taat, suami atau ibu?
HATI SEDIH
Miri, Sarawak.



Jawapan:
Bagi wanita berkahwin, ada hiraki atau keutamaan tersendiri kepada siapa dia perlu taat. Isteri wajib taat pada suami selama mana ketaatan tidak membawa kepada perkara maksiat dan melanggar perintah Allah. Dalam masa yang sama kita juga perlu mengimbangi dengan adil mencari keredaan ibu bapa. Bukan mudah untuk melaksanakannya dalam keadaan ibu sendiri mempunyai perangai yang sukar diubah. Apa yang termampu dilakukan sekarang ialah membendung suasana saja kerana merubahnya agar sukar dan mustahil dilakukan. Berpakatlah dengan suami supaya dia bersabar menerima keadaan yang ada. Elakkan terlalu kerap bertemu kerana ini akan menimbulkan banyak masalah lagi. Lebih sukar jika tinggal sebumbung, ada baiknya perjumpaan sekali sekala supaya lebih kemesraan yang terjalin dari masalah yang timbul. Mohon ampun untuk ibu dan doakan dia sebagai tanggungjawab seorang anak, selebihnya bertawakal pada Allah. Perjalanan hidup ini penuh cubaan dan dugaan jika kita bersabar pasti Allah akan memberi ganjaran.

*Soal Jawab Dr Mashitah

Monday, March 29, 2010

Isteri asyik bercinta


SOALAN:

HARUSKAH saya menceraikan isteri yang asyik bercinta dengan orang lain? Dayuskah saya kerana tidak menceraikannya dan membiarkannya? Sudah banyak kali saya menegur tapi jadi bahan perbalahan. Untuk pengetahuan puan kami sudah 20 tahun berkahwin dan mempunyai empat anak.
SUAMI KECEWA
Terengganu


JAWAPAN:


Perceraian adalah jalan terakhir sesudah semua jalan lain tidak lagi mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dalam usia yang matang selepas agak lama mendirikan rumah tangga seharusnya tuan lebih faham akan perangai isteri. Jika suami yang tahu isterinya curang, namun tidak berbuat apa-apa maka dayuslah dia.
Suami yang tahu masalah isteri yang curang wajib baginya menasihati isteri itu terlebih dulu dan mencari punca masalah jika mungkin datangnya daripada suami sendiri.

Selepas dinasihati dan dimaklumkan isteri akan diboikot (dipulaukan) daripada tempat tidur. Jika isteri masih ingkar maka jalan terakhir ialah menceraikan isteri yang curang, ingkar serta nusyuz.

Ditimpa masalah kerana abai nazar

Soalan:
SAYA ingin bertanya mengenai bernazar. Saya baru mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu. Dulu saya pernah bernazar untuk menjemput anak-anak yatim jika saya melangsungkan majlis perkahwinan.

SAYA ingin bertanya mengenai bernazar. Saya baru mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu. Dulu saya pernah bernazar untuk menjemput anak-anak yatim jika saya melangsungkan majlis perkahwinan.

Namun, akibat terlalu sibuk, saya terlupa nazar berkenaan. Selepas berkahwin, saya sering ditimpa masalah. Sudah dua kali beg tangan saya diragut. Adakah ini balasan atau peringatan supaya saya menunaikan nazar berkenaan secepat mungkin?
WANITA RUNSING
Kuala Lumpur


Jawapan:
Nazar ialah janji manusia kepada Tuhan kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita misalnya. Janji ini wajib ditunaikan. Jika puan tidak melaksanakannya kerana terlupa, sekarang apabila sudah ingat eloklah segera dilaksanakan, walaupun sudah terlepas masa perkahwinan tetapi puan masih boleh memberi makan kepada mereka.

Jika puan ingin membatalkan nazar itu puan perlu membayar kafarah membatalkan dengan memberi makan fakir miskin. Masalah dan bala yang menimpa puan adalah ujian dari Allah SWT.

Ada kemungkinan ia peringatan pada puan mengenai janji puan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya puan sudah ingat mengenai janji puan dan bersedia melaksanakannya.

Gaji isteri hak sendiri


SAYA ingin tahu adakah wang gaji bagi isteri yang bekerja perlu diberi separuh kepada suami kerana isteri bekerja di atas keizinan dan keredaan suami.
Perkara ini ibu saya yang beritahu selepas mendengar ceramah daripada ustaz yang mengajar di masjid di kampung. Untuk makluman Datuk, selama ini gaji saya setiap bulan tidak pernah diberi kepada suami tetapi digunakan untuk membayar yuran pusat jagaan anak, pinjaman rumah dan kelengkapan rumah.

Soalan saya adakah wajib memberi separuh dari gaji saya kepada suami?

Apakah haram duit yang saya beri kepada ibu tanpa pengetahuan suami.

INGIN TAHU
Kuantan

JAWAPAN

Hukum Islam jelas menetapkan bahawa suami yang wajib membayar nafkah kepada isteri.

Antara yang termasuk dalam istilah nafkah ini ialah menyediakan rumah dengan kelengkapan dan keperluan anak.

Jika puan bekerja maka wang gaji itu ialah milik puan dan tidak perlu memberi separuh daripada gaji itu kepada suami.

Kesanggupan puan dengan rela hati memberikan wang gaji untuk membayar yuran jagaan anak dan pinjaman rumah adalah sedekah puan kepada suami.

Ia dibuat dengan dasar rela daripada puan sendiri dan bukan tanggungjawab puan.

Suami isteri yang sama-sama berbelanja demi mencari kebahagiaan dan reda dengan ketentuan Allah akan diberi ganjaran pahala daripada Allah swt.

Jom Dengar Lagu


.: Frenzy.Fm :.
Mesti Gempak Punya!~